""Anda selalu melihat banyak website yang menjual keyword yang mempunyai bid yang tinggi dalam Adsense macam keyword "Mesothelioma" yang mempunyai bid setinggi USD 100.00 per klik. Anda pun segera create satu website tentang "Mesothelioma" dan meletakkan Adsense di situ. Ads tentang "Mesothelioma" berada di website anda, tetapi bila diklik, anda cuma dapat USD 0.03 per klik sahaja. Puii...anda pun mencarut dan mengatakan website yang menjual keyword tersebut menipu...

Betul ke ada keyword yang mempunyai bid setinggi itu?

Kalau ada bagaimana hendak mendapat ads tersebut dipaparkan di site anda dan berharap anda mendapat komisyen yang tinggi dari ads tersebut?

Ramai orang mengatakan ads yang dipaparkan dan komisyen yang diterima berbeza dari satu negara ke satu negara. Ads yang dipaparkan di Malaysia, komisyennya tak sama dengan ads yang dipaparkan di USA.

Untuk pengetahuan anda:

- Ads yang dipaparkan mempunyai bid yang sama tak kira di mana negara baik Malaysia atau USA . Anda boleh tahu jika anda sendiri menggunakan Adword.
- Adword publisher akan dicaj kurang jika keyword yang dia bid itu mempunyai ctr yang tinggi walaupun dia bid setinggi USD 100.00. Jadi komisyen untuk anda pun kurang. Google juga menggunakan smart pricing technology - ads yang mendapat ctr yang tinggi akan dicaj murah.

Contoh: Co A bid - USD 100.00
Co B bid - USD 10.00
Co C bid - USD 0.05

Co A - iklannya akan berada di No 1 tetapi hanya akan membayar USD 10.01 untuk satu klik, bukannya USD 100.00.

Co B - iklannya akan berada di No 2 dan membayar USD 0.06 untuk satu klik

Co C - iklannya akan berada di No 3 dan membayar USD 0.05 per klik.

Kedudukan ads bergantung juga kepada ctr yang tinggi atau tidak. Kenapa jadi begini - Inilah Google namakan smart pricing. Walaupun anda bid keyword setinggi USD 100.00 tetapi competitors anda cuma bid USD 1.00, anda cuma akan bayar USD 1.01 sahaja, bukannya USD 100.00 per klik. Anda akan dicaj USD 0.01 lebih dari competitor anda. Google menghargai Adword publisher dan Adword publisher pun suka dengan cara begini. Mereka cuma perlu create ads yang mendapat ctr yang tinggi dan akan dicaj murah oleh Google.

Tetapi tidak bagus untuk Adsense publisher macam kita, kerana kita akan mendapat komisyen yang rendah. Jadi bagaimana untuk mendapat komisyen yang tinggi? Anda perlu cari keyword yang mempunyai banyak Adword publisher dan mereka sanggup membayar bid yang tinggi.

Contoh:

Co A bid USD 50.00
Co B bid USD 45.00
Co C bid USD 40.00
Co D bid USD 39.00

Katakan ads Co A berjaya anda paparkan di website anda dan ada orang klik, Co A akan dicaj oleh Google USD 45.01 ( ini bergantung kepada ctr juga) , jadi komisyen untuk anda mungkin tinggi untuk klik tersebut. Katakan Google share revenue untuk anda 40%, jadi anda sudah dapat USD 18.00 untuk satu klik. Ini anggapan saja, cuma Google yang tahu.

Bagaimana nak paparkan ads yang mempunyai bid yang tinggi dalam website anda?

Katakan anda tahu keyword "Mesothelioma" mempunyai bid setinggi USD 100.00 untuk ads No 1. Ads No 2, bidnya USD 50.00. Dari sini anda tahu, anda akan mendapat komisyen yang tinggi jika anda berjaya mendapat ads dari Co yang bid USD 100.00, kerana Co itu akan dicaj USD 50.01.

Nak tahu ads apa yang berada di No 1 untuk USD 100.00 bid dan No 2 untuk USD 50.00 bid, anda perlu pergi ke Google USA, jangan gunakan Google MY. Kat sini anda kena gunakan USA proxy kat web browser anda, supaya website Google yang anda guna ialah Google USA bukan Google MY.

Taipkan perkataan "Mesothelioma" dan anda lihat ads dengan domain apa yang dipaparkan di Google USA itu. Kalau ads yang dipaparkan di Google USA itu sama dengan ads yang dipaparkan di website anda, maka income anda dari ads tersebut mungkin tinggi. Nak lihat ads apa yang dipaparkan di website anda, anda perlu juga USA proxy untuk surf website anda. Ini kerana anda ingin melihat ads yang dipaparkan untuk USA visitors bukannya MY visitors. Sebab kadang-kadang adword publisher limit ads dia kat mana di nak ads untuk dipaparkan.

Bagaimana nak dapatkan ads yang dipaparkan di Google USA sama dengan ads di website anda?

Kat sini yang susah. Anda perlu tweak content website anda. Keyword "Mesothelioma" perlu berapa keyword density, dan mesti berada di title, H1 dan dalam content anda. Cuba target keyword "Mesothelioma" dalam content anda. Katakan content anda ada 400 perkataan, cuba letakkan 3% keyword "Mesothelioma" dalam content anda dan lihat ads yang dipaparkan, sama tak dengan ads yang dipaparkan di Google USA. Tak sama, increase keyword density "Mesothelioma" kepada 5%, sama ke tak sama. Anda perlu tweak sampai anda berpuashati yang ads dipaparkan di website anda lebih kurang sama dengan ads di Google USA.

Ok, harap anda dapat lakukan dan berharap komisyen anda dari adsense tinggi dari biasa.

2 comments

  1. Fazrul Musa  

    July 18, 2010 at 4:12 AM

    saya masih tidak begitu faham tentang google adsense,. perlukh kite buat ads sendiri?

  2. Fazrul Musa  

    July 19, 2010 at 12:34 AM

    bagaimana cara nak tweak content website?