Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur
sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan
orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak
dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung'
kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)
Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu
kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah
tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu
pokok yang besar lagi rendang.Topi untuk jualan dia...dia letak la
sebelah sambil mengipas-ngipas badannya.
Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba
dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Terbangun la dia..dia
tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.
Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia
hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' tu kat
atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang
curi topi aku.
Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang
satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.
Dia ambik galah..jolok- jolok keatas..tak juga dapat topi dia.
Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala
la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia
lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg.. dia
ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia
pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi
yang depa pakai ketanah.
Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik
kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia.
Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun
dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan
la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah
tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.
Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah
Kuala Nerang tuuu. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di
bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-
topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah ,
dia pun bangun dari tidur..aikkkk! !! mana pi topi aku semua? Dia pun
terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' kat atas pokok
tu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia.
Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk
ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia
ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala,
monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat
gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2
ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke
tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.
Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia
kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba- tiba
turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu
topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat
telinga dia dan berbisik,
"hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment