Dari sudut kesihatan, obesiti merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan mata masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang.
Malah, penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latarbelakang. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor obesiti yang datang dalam pelbagai bentuk seperti genetik, gaya makan, gaya hidup, persekitaran, dan lain-lain.
Masalah ini semakin runcing apabila seseorang yang mengalami obesiti lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen sehari suntuk tanpa melakukan sebarang aktiviti. Walhal tindakan itu salah kerana ia tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah obesiti.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang yang berhadapan dengan masalah obesiti, anda tidak seharusnya merasa rendah diri dan kerap mengeluh. Sikap seperti itu mampu membuatkan anda tertekan dan tidak seronok menjalani kehidupan.
Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda bersikap ‘Happy Go Lucky’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.
1. Tolak Tepi Kata-Kata Negatif
- Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya!
2. Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’
- Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.
3. Bergaya Seperti Yang Lain
- Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!
4. Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti
- Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.
5. Hangout Dengan Rakan-Rakan
- Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.
6. Panjatkan Kesyukuran
- Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.
Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.
Untuk mengetahui panduan diet yang betul dan berkesan khas buat para wanita, anda boleh layari ke http://www.rahsiadietwanita.com/hop.php?ref=rahsiawanita untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
ADMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment