Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts



Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan DEMC, jam 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini.


Penyanyi yang popular dengan lagu “Selamat Hari Raya” dan “Budi Setahun Segunung Intan” yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lalu kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.


Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini. 


Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut. 
Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BERNAMA

Tiga keping gambar Nabil Raja Lawak yang tersebar di beberapa blog dan ke tangan wartawan hiburan membuatkan Nabil rasa rimas dan susah hati. Nabil menafikan gambar panas yang mirip wajahnya sedang bercumbu dengan seorang gadis teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Nabil kata gambar tu bukan gambar dia dan Qasha tetapi menggunakan teknik superimpose yang canggih, sampai orang tak dapat kesan sama ada gambar tu tulen ke palsu.
Gambar tu tidak pernah disebarkan di mana mana media dan gambar tu kononnya diambil dari laptop Nabil secara curi.



Baru-baru ni Nabil yang pernah bercinta dengan Irma Hasmie dah putus, belum habis lagi cerita tu, timbul pulak kisah Nabil dengan Qasha ni yang dilihat mesra seperti sepasang kekasih. Qasha ni ialah kakak kepada pelakon remaja dalam Ahmad Durrah, Zaris Nelydia.


Nabil dan Qasha


Nabil dan Qasha yang dikatakan kekasih baru Nabil

Gambar panas yang tersebar dikatakan mirip Nabil



Alahai..betul ke tak betul tu gambar Nabil? tetapi telinga capang tu macam ku kenal heheh!!

p/s :  Tersalah langkah buruk padahnya, naik cepat jatuh pun cepat..hidup dalam dunia glemer mungkin boleh lupa diri..hidup ini ibarat roda2 kotaraya.

Aku pun xtau la kebenaran gambar2 diatas, ada yg cakap superimpose ada yg ckp betul hehehe nak tau lebih lanjut korang klik Tiga gambar panas mirip Nabil tersebar  artikel dari Berita Harian

Kredit kat tuan punya gmbar dan artikel, link tgk kt gambar..