Showing posts with label Lawak Pendek. Show all posts
Showing posts with label Lawak Pendek. Show all posts


 


Alkisah,ada pemuda bekerja di zoo..


tugasnya, memakai baju gorila dan bergayut di pokok..satu hari ketika begayut2,tiba2 tangannya terlepas dan jatuh di kandang singa..bila dia tenampak singa,dia pun menjerit ketakutan..

 

Orang Gorilla: "tolongg...aku bukan gorila..aku manusia..tolongg...!!"(melambai2)


Tiba2,singa tu tarik tangannya dan bebisik:"weii diamlah..kalau tidak, kita berdua kena pecat"


Hahahaha

Uteh melihat rakannya, Apai sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya . Dengan kehairanan
Asari bertanya kepada Apai

Uteh: “ Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu ?”

Apai: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia …”

Kalau Meninggal
--------------------------------------------
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.
Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”
Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”
Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa
--------------------------------------------
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Pak Pandir Drive Highway
--------------------------------------------

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.
Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".
"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"


P/s: Baca 2x kalau x paham :)


Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
Perompak : %#*#(#)ZZZ

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti. Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Zakaria ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tupun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Zakaria ini di beritahu oleh isterinya,dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr??? Lalu pegawai yg datang kerumah si Zakaria ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Zakaria naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...." Si Zakaria mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa??? Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" ???????????? ???????........... .........

selamat menikmati takrif elektrik baru. Huhuhuuuu...



Mak : Bangun la Hamzah, dah cerah ni, pergi sekolaj
Anak : Tanak la mak..nak tido ni
Mak : Pergi la sekolah, nanti siapa susah
Anak : Tak nak la mak
Mak : Bagi tiga alasan kenapa kamu tak nak pergi sekolah
Anak : Pertama, murid - murid tak sukakan saya, ke2, cikgu tak sukakan saya, ke3, sampai pekerja sekolah pun tak sukakan saya
Mak : Mak tak terima alasan tu, kamu mesti pergi sekolah juga !
Anak : Bagi dua alasan kenapa saya mesti pergi sekolah
Mak : Pertama, kamu tu anak mak, Ke2, kamu tu pengetua sekolah tuuu!!!



Seorg peninju hebat telah mninggalkn
baju jaketnya buat semntara...

,lalu dia
meninggalkn satu notis bgini," Jangan
cuba2 mgambil jaket ini, krena tuan punya
jaket ini adalah peninju handalan"
1 jam kemudian.....

jaketnya pun hilang
dicuri,..ditempat yg sama juga sipencuri
pun mninggalkn satu notis
bgini.."Jangan cuba2 mngejar pencuri
ini,,kerna pencuri ini adalah pelari pecut
handalan".



Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi.
Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.
Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…


Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni kan panas… bagi panadol ni kurang sikit panas dia…


Satu hari ada la 3 sahabat sekolah datang berborak di satu kedai kopi.

A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!

B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.

C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh..."




Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
Suami : Betul...
... Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang..
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lalu si suami pun membatalkan hasratnya untuk berkahwin lagi..



Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..

Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
...
Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Cikgu : Baik anak-anak murid. Pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan.
shuib, macam mana bunyi ayam berkokok?
shuib : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus shuib.. Mamat, buat bunyi kucing pula..
mamat: Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya. Jep, buaya bagaimana pula bunyinya?
jep : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya....
Cikgu : Bunyi buaya apa tu??? *_*"
jep : Buaya darat cikgu!!
 



kasut buaya?
 
 
 
 
 

Jenama kereta yg perlu anda thu..

BMW : Brings Me Women
LEXUS : Luxury EXports to United States
FORD : For Only Romantic Drivers
HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive
VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything
KIA : Kills In Accidents
TOYOTA : The One You Only Trust Always
NISSAN : Nothing Inexpensive So Spend Another Ninehunderd..
PROTON : Powerwindow Rosak Oooh Tidaaakkk Ohhhh Noooooo!




nie kereta flinton..comey tak


Di suatu pagi sahur yg hening...
mama : bagun sahur ye anakku.
anak : mama bancuh ape?? ho..ho..horlicks ek?? (ala2 iklan horlicks)
mama : ho ho..ho..hotak hang!! bgun jela sahur,,,aku tendang kang! byak bunyi plak..


 

Suatu hari Haikal pergi ke kedai kacamata dan dia tertarik pada satucermin mata yang menurut penjualnya boleh melihat menembusi pakaian…

Ketika dia mengenakan kaca mata tersebut, semua orang yang dilihatnya nampak telanjang.
Haikal membuka semula cermin matanya, mereka kelihatan berpakaian lengkap.
Dipakainya lagi, semuanya nampak telanjang!

“Hebat!” teriak Haikal kegirangan lalu membelinya..

Sambil tersenyum meleret, dia memakai cermin mata itu hingga sampai ke rumahnya.

Dia ingin menunjukkan kacamata itu kepada Suzi,isterinya, akan tetapi isterinya itu tidak berada di ruang tamu.

Haikalkemudian terus ke bilik tidur dan melalui kacamatanya dia melihatisterinya sedang telanjang bulat bersama tukang kebunnya. Haikal lalumembuka kacamatanya, tapi isteri dan tukang kebunnya itu masihtelanjang. Dipakainya kembali kacamata itu.. eh… keduanya masih jugatelanjang. Sambil marah-marah haikal berkata,

“****!!! Cermin mata mahal begini tak sampai sehari sudah rosak !!!”
 

Lawak untuk pagi nie ..santai2 ok..jangan tension2..

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya
pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah
abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik
abang aje...
Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...
Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah

semua harta benda nie hak milik kita bersama...
Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...
Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...
Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???
Isteri: %#@**^&%#@
 konsep lengging ..nak terajang je bontot dia..pakai tudung plak tu

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Dalam sebuah teksi yg menuju ke bandar, seorg penumpang ingin
bertanya kpd pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu
teksi dgn perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak
dapat mengawal kenderaannya dan hampir melanggar sebuah bas. Nasib
baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi,
kedua-duanya cemas.

Kemudiannya pemandu teksi berkata,.. “Hei … awak jangan buat
macam tu lagi tau. Awak buat saya takut. Penumpang itu minta maaf
sambil berkata, “Saya tak sangka awak takut macam tu sekali. Saya
cuma tepuk bahu awak je.” Pemandu itu menjawab, “Maaf Encik,
sebenarnya hari ni adalah hari pertama saya bawak teksi … sebelum
ni dah 25 tahun saya bawak kereta jenazah…..paham2 jer lah ye…