Showing posts with label Teka Teki. Show all posts
Showing posts with label Teka Teki. Show all posts



Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Daun betik boleh melembutkan daging yang
keras, tangan perempuan dapat mengeraskan
daging yang lembut.

Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Burung punai (Neil Armstrong punya)

Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa,
kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Apa yang mahal pada BMW?
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Rumah terbakar

Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Orang sedang panjat tiang talipon.

Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Viagra dan Krim membesarkan payudara.
Kesan dia ke depan, bukan ke samping.

Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
Lilin kek harijadi.

Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya.
Orang sedang meniup seruling.

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
jwpn: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor mana
yg lebih pjg & kenapa?
jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah
lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga
atuknya sendiri?
jwpn: Burung belatuk aaa

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ....?
jwpn: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam
sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu

dalam air...?
jwpn: road tax dia arrr....

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
jwpn: nissan 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal?
jwpn: termometer sebab byk degree :-p

8) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
jwpn: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
jwpn: MAY (Bau Sabun)

soalannyer berbentuk… … .
1. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?
2. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?
3. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?
4. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?
5. ikan apa yg sentiasa sejuk?
6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?
7. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?
8. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?
9. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?
10. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?
11. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?
12. apakah solat yg ada 3 tahiyat?
13. bagaimana utk naik haji jika x ade duit?
14. apakah tempat yg terkecil di dunia?
15. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?
jawapannya adalah… … … … … …
1. burung sedang tutup telinganya
2. daun teh
3. ikan jadi banyak sebab manusia x makan
4. meter bas
5. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru)
6. kerana anak itu perempuan
7. buah dam
8. ikan
9. mancis
10. umur anda
11. Anas
12. solat maghrib masbuk
13. main dam haji
14. setapak
15. bola golf

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".



Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.



Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.



Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.




Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.




Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.



Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.




Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.



Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.




Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.



Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.




Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.


Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of.

It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".



P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning... ..hehehe

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik..................'Selamat pagi Boss'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni Boss'

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile ape...

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......


Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!

Walaupun raya lambat lagi saja je aku post wakakaka..sbb aku pun xtau nak buat apa mlm nie

Kertas apakah yang paling popular pada hari raya?

Lagu raya apa yang ada mengandungi perkataan Bahasa Inggeris?

Selain duit raya, apakah lagi yang berleluasa setelah berakhirnya puasa?

Jenama ubat gigi yang ada kaitan degan raya?

Bunga apa yang berkembang mekar di malam raya?









JAWAPAN SILA HIGHLIGH DIBAWAH
- Kertas Angpau.
- Lagu Saloma 'Miskin Kaya memakai baju baru warna warni, mengunjungi sanak kaum FAMILI'
- Hantu raya.
- Ubat gigi Raiya.
- Bunga api.



Jom layan teka-teki kelakar nie. Pastu korang tulis kat bawah korang dapat jawab berapa..kalau lebih daripada 10 bleh jawab koorang mmg seorang yang sengal...kwak2...!!!

1. Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman ?
2. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak ?
3. Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki. Siapakah saya ?
4. Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati' ?
5. Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila ?
6. Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson ?
7. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya ?
8. Ape persamaan kain jemuran ngan telefon ?
9. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang ?
10. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
11. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai ?
12. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik ?
13. Ahmad bin Abu, kambing bin apa ?
14. Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung ?
15. Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi ?
16. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
17. Scorpion kaler apa ?
18. Ada sorang imam, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia. BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU ?

Jawapan

1. LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik
2. Pintu yang ade tulis 'TARIK'
3. Pembohong
4. Usus
5. Sebab lelaki ni kan 'buaya'
6. Dua-dua tak kenal korang :D
7. Tahi hidung
8. Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat
9. Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa. Gile ape...
10. Masukkan benang dalam jarum
11. Bas sekolah. The only bas pegi sekolah
12. Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
13. Kambing BINatang
14. Seluar dalam ler... hahaha
15. Kuih lepat liat sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit
16. Lilin masa sambut EPI BESDAY
17. Kala jengking lah...
18. Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri 

support me!

 Untuk mendapatkan jawapan sila "highlight" pada ruang jawapan tp pikir la dulu!!!
Uji ketajaman minda korang hehehehe

Soalan 50:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah....
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah...
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Soalan 27:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu? Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?  Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan. Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdu

Binatang apa telur ditengkuk?

pikir dulu sebelum klik jawapan...

Jawapanya..



Kuda kepang laa...lu pikir la sendiri
@kembar@kembar

Apa bahasa arabnya orang jatuh dari tingkat 100 bangunan??..



Jawapanya..



Innalillahiwainnailaihirajiun....kik3..
@kembar@kembar

Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.

Pada hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada ayam kat dier.

Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

Soalannya ialah:

Apakah isteri tu akan buat?



Fikirlah....



Fikir.......



Tak tau?


Dia suruh suami dia cakapla sebab....suami dia tak bisu..
Apa yang korang fikirkan ha?
@bye@gatau


Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?@mari@mari





Jawapan



Lampu jiran tetangga kitalah. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya...kik3..kang kepala korang yang pecah..berani cubalah!!
@ayuk@kembar


Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Jawapan



Buah keranji la sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar..kik3.
@ayuk@kembar

Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?@adil@adil


Jawapan


Jawapanya: sebab anak dia tu perempuan mestilah nama fatimah, xkan roslan kot..kik3


@kembar@ayuk